Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
Pada hari ini kita dapat lihat umat
islam kurang prihatin soal halal dan haram dalam aspek pemakananan. Penggunaan
label halal yang sering kali mengelirukan umat islam di negara ini acap kali
menjadi bahan perbualan. Keadaan ini berlaku kerana umat islam Malaysia tidak mampu
menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk
menyediakan kemudahan seperti memproses makanan, bahan makanan sehinggalah
kedai makan.Telah menjadi trend masyarakat pada masa kini yang gemar
mengunjungi restoran kopitiam yang kadangkala mengelirukan sama ada label halal
itu benar-benar tulen mahupun palsu. Dimanakah tahap kesedaran kita mengenai
isu ini? Siapakah yang patut dipersalahkan? Dimanakah hak kita sebagai
pengguna?
Penggantungan
ayat-ayat suci Al-Quran di dinding atau dalam premis perniagaan restoran bagi
membuktikan bahawa mereka sudah mematuhi standard halal yang tidak perlu
diragukan lagi telah mengaburi mata masyarakat di negara ini. Perkara ini telah
berlarutan sejak bertahun lamanya tanpa kita sedari. Ada juga restoran bukan
Islam yang meletakkan poster ayat Al-Quran atau menggunakan pekerja Islam untuk
menunjukkan bahawa makanan yang disediakan di restoran itu, halal. Namun
begitu, sesetengah pengguna Islam yang masih terus mengunjungi restoran bukan
Islam yang tidak mempunyai sijil halal atau membeli makanan daripada penjaja
kecil bukan Islam terutama di pasar-pasar malam. Hal ini boleh mendatangkan
kemusykilan kepada status makanan tersebut.
Pada hari ini,
untuk pengetahuan umum, sebahagian besar daripada pengeluar atau pengedar
produk termasuk makanan, terdiri daripada orang bukan Islam. Kebanyakkan
peniaga atau pengilang menggunakan label halal sendiri atau sijil halal yang
tidak diiktiraf dan hanya meletakkan label halal sekadar untuk melariskan
produk demi untuk mementingkan dan memikirkan keuntungan sahaja. Golongan itu
sama sama sekali tidak mengambil berat tentang kepentingan produk halal bagi
orang Islam. Ada di antara mereka juga, tidak begitu menitikberatkan proses
pengeluaran yang menepati keperluan hukum Syarak.
Pada hakikatna, kesahihan label halal
sebenarnya hanya boleh dipastikan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri
yang diberi mandat untuk menyiasat sama ada ia tulen atau palsu. Selain itu, penyebaran
maklumat berkaitan persijilan, pelabelan dan piawaian halal wajar diperluaskan
melalui media massa secara besar-besaran kerana boleh menjadi panduan kepada
semua pihak, terutama kepada pengguna Islam. Dengan demikian, hasrat Kerajaan
Malaysia untuk menerajui hab halal utama dunia dan menjadi pelopor dalam
industri berkenaan, mampu direalisasikan.
Keadaan
ini berpunca daripada penguasaan produk halal tempatan yang dikeluarkan oleh
syarikat bukan Islam dalam semua hal berkaitan pemakanan. Harapan orang ramai
agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak terus menjadi mangsa
pihak yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan
sensitiviti halal dalam aspek penyediaan makanan mahupun barangan lain.
Justeru itu
masyarakat di negara ini kita tidak perlu khuatir mengenai status sesuatu
produk tersebut. Dalam apa jua keadaan, kita sebagai pengguna Islam hendaklah
hendaklah tidak bersikap sambil lewa dalam menangani isu halal. Pengguna Islam,
perlu selalu berwaspada serta memastikan setiap makanan atau produk yang dibeli
atau restoran yang dikunjungi mempunyai logo halal yang kini sudah diseragamkan
dan dikeluarkan oleh Jakim.
No comments:
Post a Comment