Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
Debat ialah perbahasan ilmu yang
mencari satu keputusan diantara satu tajuk yang tidak ada menang mahupun kalah
diantara dua pihak. Persoalanya adakah
melalui perdebatan ini dapat menjawab persoalan masyarakat pada hari ini?
Perdebatan
merupakan salah satu cara bagi meyakinkan masyarakat kerana melaluinya ia dapat
meyakinkan masyarakat yang berada dalam kekeliruan. Sebagaimana yang kita
ketahui, baru-baru ini telah berlangsung satu perdebatan mengenai isu PTPTN
diantara Rafizi Ramli iaitu penasihat PKR dengan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda
Umno. Perdebatan ini berlaku apabila menifesto yang diutarakan oleh Rafizi mengenai
pendidikan secara percuma akan mengatasi masalah kewangan ketika pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi. Debat seperti ini telah banyak dipraktikkan oleh
negara-negara luar serperti di Amerika dan pelbagai lagi negara yang
membangun. Pilihanraya umum yang diadakan di Negara Britain pada tahun lepas menyaksikan beberapa kali pentas debat dibuka kepada pemimpin parti utama yang bakal bertanding.
Negara yang mengamalkan demokrasi yang lain juga tidak ketinggalan untuk menyertai debat diantara pemimpin utama mereka. Di Amerika sahaja pada beberapa tahun yang lalu, debat yang hangat diantara Arizona Senator iaitu John McCain dan juga Illinois Senator iaitu Barrack Obama bagi merebut kerusi presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Debat yang diadakan tiga kali itu memperlihatkan kebolehan dan kepimpinan bakal peneraju Negara yang berkuasa besar itu. Tidak kurang juga hebatnya debat diantara Alaska Gabenor iaitu Sarah Palin dan Delaware Senator, Joe Biden bagi merebut kerusi Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan ketokohan Delaware Senator sebagai pemimpin Negara Berkuasa, Amerika.
Melalui
perdebatan ini, masyarakat dapat menilai dan berfikir secara matang kebenaran
berada di pihak yang mana. Keyakinan dalam perdebatan ini boleh didapati
melalui cara penyampaian, nada, intonasi serta keyakinan dalam menyampaikan
sesuatu hujah tersebut. Jadi masyarakat perlulah berfikiran terbuka serta
matang dalam menilai sesuatu perkara. Dimanakah fakta dan juga dimanakah auta?
Selain daripada itu, debat juga dapat
menambah informasi terkini yang tidak
diketahui. Sebagai contoh, jumlah peruntukan PTPTN dan juga bagaimana aliran
perjalanan dan pemprosesan wang tersebut.
Pada hakikatnya debat adalah salah
satu cara menyuarakan dan menegakkan
pendirian secara sihat tanpa pertelagahan. Debat berlaku secara adil dan
saksama tanpa adanya berat sebelah kepada sesuatu pihak. Sebagai contoh pihak
daripada Rafizi dan juga Khairy telah diberikan hanya 5 minit untuk menyuarakan hujah yang membina
daripada pihak masing-masing. Peranan modurator sangat penting kerana beliau
telah diamanahkan untuk menjaga masa dan menujukan pertanyaan untuk memastikan
tiada berat sebelah.
Dengan adanya perdebatan antara dua
pihak politik yang tidak sekufu ini, memperlihatkan walaupun mereka bukan
daripada pihak yang sama dari aspek idiologinya tetapi mereka masih dapat untuk
dipertemukan dalam mengutarakan hujah masing-masing dan hal ini menunjukkan
kepada masyarakat di Malaysia,politik di Malaysia masih boleh dikawal.
Debat PTPTN
yang dianjurkan oleh pihak Sinar Harian ini juga memperlihatkan
kedua-dua pihak parti politik yang berbeza ini kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh
dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar
dan bebas daripada unsur politik kotor.Hal ini juga memberikan kesan
positif terhadap masyarakat di Malaysia bahawa pemimpin -pemimpin muda di
Malaysia mampu mengubah trend politik Malaysia kearah yang lebih baik.
Debat yang
diadakan ini juga mampu membuka mata masyarakat Malaysia tentang fakta-fakta
yang perlu di kaji semula kerana kedua-kedua pihak membawa hujah serta bukti
dari kajian masing-masing yang ternyata mampu mengelirukan masyarakat kerana
bukti-bukti yang mengukuhkan hujah mereka sangat berbeza antara satu sama lain.
Masyarakat perlu mengambil serius hal ini tanpa menerima sebulat suara tanpa
kompromi sebelum meneliti hal ini supaya masyarakat dapat menilai siapa benar
dan siapa salah.
Secara keseluruhanya, pada pendapat saya, perdebatan ini adalah wajar
dan relevan kerana ia dapat menjawab hal-hal isu semasa yang sering bercanggah
pada hari ini. Tidak mustahil jika isu debat diantara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang akan berlaku suatu masa nanti. Dalam usaha ramai pihak untuk menyuburkan demokrasi di Negara kita, pemimpin tidak seharusnya gentar untuk berdepan dengan perkara seperti ini. Dengan adanya perdebatan ini, maka dengan berbesar harapan
dapatlah membuka mata dan hati masyrakat untuk menilai baik dan buruk. Tepuk
dada, tanyalah selera.
No comments:
Post a Comment