Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...
Muzik adalah satu hiburan turun-temurun
sejak dahulu kala. Pelbagai jenis dan rentak muzik dapat kita dengari pada hari
ini seperti Jazz, Hip Hop, Balada, Pop Rock dan pelbagai lagi. Akan tetapi telah
menjadi satu isu di negara ini apabila lagu gubahan komposer terkenal telahpun
dihentikan siaranya.
Menerima
surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan secara
tiba-tiba yang mahu lagu Bawaku Pergi oleh Zizan Raja Lawak dan Kaka dihentikan
sementara siarannya telah menimbulkan tanda tanya penerbit lagu berkenaan iaitu
Malique kerana ianya tanpa usul periksa. Mengapakah hal ini boleh berlaku?
Adakah benar lagu tersebut dapat mempengaruhi pemikiran anak muda dinegara kita
ni untuk lari daripada rumah?
Penyiaran lagu Bawaku Pergi dendangan
Zizan & Kaka telah diberhentikan serta merta apabila ada pihak tertentu
yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif. Punca lagu bawaku
pergi nyanyian zizan dan kaka telah diharamkan kerana maksud lirik lagu yang
tidak menyenangkan sesetengah pihak dimana ada yang mengatakan bahawa ia
bertujuan lebih kepada menggalakkan remaja pada hari ini lari dari rumah. Lirik
lagu tersebut adalah seperti berikut:
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam
nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah
jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
Akan
tetapi Malique ada menjelaskan bahawa lirik lagu tersebut adalah untuk
isterinya dimana ia adalah berkisar mengenai kisah mereka. Lagu Bawaku Pergi
ini adalah susulan daripada lagu Pergi Jauh kerana mereka telah lama mendirikan
rumah tangga, akan tetapi mereka masih tidak dapat meluangkan masa bersama
kerana sibuk dengan pekerjaan dan jarang dapat pulang bersama isteri.
Pada hakikatnya, jika
kita berfikir secara logik akal dimana ia adalah angan-angan sang isteri dimana
berangan-rangan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana
itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Seperti mana yang kita
ketahui, puncak dunia adalah di Himalaya dan juga di situ jugalah wujudnya
haiwan mitos Yeti. Mari kita hayati lirik lagu ini sebentar:, adakah ia memberi
kesan kepada kita?
tinggalkan dataran,
puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
Jika kita berfikir secara waras, tidak
mungkin penulis lirik yang terkenal mahu menggalakkan anak remaja agar dari
rumah. Mengapakah hal ini boleh disalah tafsirkan sehingga begitu sekali?
Malique adalah seorang produser, penyanyi dan penulis lirik yang sangat
berbakat. Setiap lirik dan lagu beliau mempunyai makna yang tersirat dan juga
padat dengan nasihat yang membimbing.
Mari
kita berfikir sejenak mengenai lagu barat. Lagu dan musik mereka lebih membawa
maksud yang negatif pada hakikatnya. Akan tetapi mengapakah kita tidak menyekat
lagu tersebut daripada terus diperdendangkan? Adakah ini kerana bahasa yang
digunakan iaitu Bahasa Inggeris manakala lagu Bawaku Pergi tersebut menggunakan
Bahasa Melayu? Maka timbullah spekulasi yang mengatakan lagu tersebut boleh
mempengaruhi akal dan minda remaja pada masa kini. Mengapakah terlalu cetek
minda mereka sehingga terpengaruh dengan hanya halwa telinga sahaja?
Sebagai
kesimpulan kita yang mempunyai fikiran waras dapat membezakan dan berfikir
adakah hanya lagu dapat mempengaruhi akal dan pemikiran kita? Jika benar, sudah
banyak laporan yang kita terima remaja lari rumah kerana mendengar lagu Bawaku
Pergi. Kita sehaursnya tidak berfikir di takuk yang lama. Kita perlu memajukan
industry seni tanah air dinegara kita supaya setaraf dengan muzik luar negara
dan dapat bersaing secara sihat. Berfikirlah secara matang dan terus kehadapan.
No comments:
Post a Comment