Thursday 27 December 2012

Kholid & Fisha


Bismillahirrahmanirrahim~ 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...





Love looks not with the eyes, but with the mind~ William Shakespeare ~

Sunday 30 September 2012

Muiez & Jijah

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...





Your love story will last forever. It will begin in this life 
and Insha'Allah will continue in the Hereafter.



Love is all about living one life. -- Ameetav Nangrani
                                           


Monday 9 July 2012

The faster and the fastest

Sg. Lang speedway drag racing Sabak Bernam




Lama yang berharga..


rare

old school


RX-S 
Tidak lapuk ditelan zaman

The Engagement


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart. ~ Helen Keller






my lovely family.. :)

Wednesday 13 June 2012

Teknologi maklumat mendatangkan faedah atau sebaliknya?


Pada alaf 21 ini, perubahan dan kemajuan teknologi telah membawa pelbagai manfaat yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Kemudahan internet dan teknologi ini telah membawa kemajuan kepada Negara dalam berkongsi maklumat serta kemajuan teknologi dengan Negara lain. Sebagaimana yang kita ketahui, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Oleh itu, menjaga kepentingan semua pihak tidak mengira agama, etnik mahupun bangsa amat penting demi menjaga isu-isu sensitif dalam menyampaikan sesuatu berita.

Pada masa kini kita dapat lihat bahawa pembaca lebih menggemari pembacaan melalui internet seperti Utusan Online, blog dan pelbagai sumber maklumat hanya di hujung jari sahaja. Kewartawanan di atas talian juga pada hakikatnya lebih sensasi dan terkini. Kita dapat mengikuti perkembangan semasa dengan cepat hanya dengan menggunakan kemudahan teknologi sahaja. Masyarakat pada masa kini juga telah banyak mengadaptasikan penggunaan internet di merata tempat tanpa mengira masa tempat dan juga keadaan. Ini kerana, kebanyakan telefon bimbit pada masa kini telah dilengkapi dengan kemudahan untuk melayari internet mengikut kepentingan individu tersebut.



Akan tetapi terdapat beberapa masalah yang sering timbul apabila media di Malaysia mengklasifikasikan atau mengasingkan jika seseorang itu cuba untuk menyuarakan sesuatu pendapat ataupun pandangan yang berlainan melalui blog ataupun pelbagai jenis media yang lain. Dimanakah hak kebebasan untuk penulisan? Bukankah negara kita ini berdasarkan demokrasi? Kita seharusnya diberikan hak kebebasan dalam penulisan supaya semua golongan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama dapat mengetahui tentang realiti dan membolehkan kita semua menyuarakan pendapat sendiri dan menulis tanpa perasaan takut akan pihak berkuasa. Ini akan menyebabkan penipuan dan penuh dengan kepura-puraan didalam sesuatu penulisan. Ini sangat bercanggah kerana pada pendapat saya, untuk menghasilkan satu penulisan yang terbaik haruslah bersikap jujur. Banyak kelebihan yang kita akan perolehi jika hak kebebasan bersuara ini dapat dipraktikkan di negara Malaysia kerana orang ramai dapat mengeluarkan pendapat yang jujur dan ikhlas lantas memberikan kesan yang baik kepada negara kita kerana apa yang penting ialah sebagai seorang penulis haruslah dapat memberikan kesan yang positif kepada pembaca.

Media atas talian ini selalunya menyuarakan secara bebas di dalam penulisan mereka. Berfikir sejenak mengenai hak kebebasan bersuara di Malaysia, apakah yang akan terjadi jika kebebasan menulis ? Pada pendapat saya, terdapat banyak kelebihan yang kita bakal perolehi jika kita mempraktikkan didalam kehidupan seharian. Jika hanya terdapatnya kelebihan ataupun kebaikan sahaja tanpa keburukan dan kesan negatif, maka dunia ini akan menjadi tiada cabaran dan masyarakat akan hanya akan mengikut dan percaya akan sesuatu tanpa berfikir secara rasional terlebih dahulu. Kelebihan yang kita boleh perolehi ialah penulis akan menulis sesuatu dengan jujur serta ikhlas.

Tahun demi tahun telah berlalu, saya telah memerhatikan bagaimanakah penulisan di negara kita ini berlaku, sesetengahnya akan memberikan kesan yang baik, manakala sesetengahnya pula akan membawa serta memberikan kesan yang buruk. Inilah yang membuatkan penulisan atas talian tidak boleh dipercayai seratus peratus. Kadangkala kita dapat melihat percanggahan penulisan di dalam isi  yang diketengahkan daripada penulisan atas talian dengan penulisan arus perdana adalah berlainan. Akan tetapi, jika kita berfikir kembali, manusia akan membuat kesilapan dan pada saya, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Penulisan telah berkembang sejak berkurun lamanya. Sebagai contoh, kita menulis tentang sesuatu yang menyokong parti politik dan penulisan tersebut boleh mempengaruhi orang ramai sepertimana Tunku Abdul Rahman dan masyarakat hanya bergantung dengan surat khabar untuk mengetahui sesuatu informasi apakah yang berlaku kepada tanah air pada suatu ketika dahulu. Sama seperti sekarang, masyarakat masih lagi bergantung pada satu konsep yang sama tetapi berbeza dengan situasi yang lepas kerana pada masa sekarang ini kita adalah sebuah negara yang merdeka dan mempunyai teknologi yang canggih sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat serta informasi yang terkini.

Sebagai kesimpulan, pada pendapat saya media atas talian dan media arus perdana  haruslah berpegang teguh terhadap pendirian mereka kerana penulis mempunyai kuasa untuk menyelamatkan dunia kewartawanan Malaysia. Dilema untuk menyiarkan kebenaran adalah faktor yang menjadi igauan setiap penulis. Setiap isi yang ditulis akan mempunyai kesan yang dapat dilihat dalam masyarakat jika di salah tafsir. Terpulang kepada penulis tersebut untuk memainkan watak yang berkesan dalam setiap berita yang ditulis. Diharap penulisan di Malaysia mempunyai sifat yang lutsinar bagai cermin dalam menerima pandangan umum tanpa mengambil kira perasaan berat sebelah mereka. 

Tuesday 29 May 2012

Debat. Adakah ia memberikan kesan kepada masyarakat pada hari ini?



Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Debat ialah perbahasan ilmu yang mencari satu keputusan diantara satu tajuk yang tidak ada menang mahupun kalah diantara dua pihak.  Persoalanya adakah melalui perdebatan ini dapat menjawab persoalan masyarakat pada hari ini?

Perdebatan merupakan salah satu cara bagi meyakinkan masyarakat kerana melaluinya ia dapat meyakinkan masyarakat yang berada dalam kekeliruan. Sebagaimana yang kita ketahui, baru-baru ini telah berlangsung satu perdebatan mengenai isu PTPTN diantara Rafizi Ramli iaitu penasihat PKR dengan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno. Perdebatan ini berlaku apabila menifesto yang diutarakan oleh Rafizi mengenai pendidikan secara percuma akan mengatasi masalah kewangan ketika pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Debat seperti ini telah banyak dipraktikkan oleh negara-negara luar serperti di Amerika dan pelbagai lagi negara yang membangun. Pilihanraya umum yang diadakan di Negara Britain pada tahun lepas menyaksikan beberapa kali pentas debat dibuka kepada pemimpin parti utama yang bakal bertanding. 

Negara yang mengamalkan demokrasi yang lain juga tidak ketinggalan untuk menyertai debat diantara pemimpin utama mereka. Di Amerika sahaja pada beberapa tahun yang lalu, debat yang hangat diantara Arizona Senator iaitu John McCain dan juga Illinois Senator iaitu Barrack Obama bagi merebut kerusi presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Debat yang diadakan tiga kali itu memperlihatkan kebolehan dan kepimpinan bakal peneraju Negara yang berkuasa besar itu. Tidak kurang juga hebatnya debat diantara Alaska Gabenor iaitu Sarah Palin dan Delaware Senator, Joe Biden bagi merebut kerusi Naib Presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan ketokohan Delaware Senator sebagai pemimpin Negara Berkuasa, Amerika.


Melalui perdebatan ini, masyarakat dapat menilai dan berfikir secara matang kebenaran berada di pihak yang mana. Keyakinan dalam perdebatan ini boleh didapati melalui cara penyampaian, nada, intonasi serta keyakinan dalam menyampaikan sesuatu hujah tersebut. Jadi masyarakat perlulah berfikiran terbuka serta matang dalam menilai sesuatu perkara. Dimanakah fakta dan juga dimanakah auta?

Selain daripada itu, debat juga dapat menambah informasi  terkini yang tidak diketahui. Sebagai contoh, jumlah peruntukan PTPTN dan juga bagaimana aliran perjalanan dan pemprosesan wang tersebut.

Pada hakikatnya debat adalah salah satu cara menyuarakan dan menegakkan  pendirian secara sihat tanpa pertelagahan. Debat berlaku secara adil dan saksama tanpa adanya berat sebelah kepada sesuatu pihak. Sebagai contoh pihak daripada Rafizi dan juga Khairy telah diberikan hanya  5 minit untuk menyuarakan hujah yang membina daripada pihak masing-masing. Peranan modurator sangat penting kerana beliau telah diamanahkan untuk menjaga masa dan menujukan pertanyaan untuk memastikan tiada berat sebelah.
Dengan adanya perdebatan antara dua pihak politik yang tidak sekufu ini, memperlihatkan walaupun mereka bukan daripada pihak yang sama dari aspek idiologinya tetapi mereka masih dapat untuk dipertemukan dalam mengutarakan hujah masing-masing dan hal ini menunjukkan kepada masyarakat di Malaysia,politik di Malaysia masih boleh dikawal.

Debat  PTPTN  yang dianjurkan oleh pihak Sinar Harian ini juga memperlihatkan kedua-dua pihak parti politik yang berbeza ini kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.Hal ini juga memberikan kesan positif terhadap masyarakat di Malaysia bahawa pemimpin -pemimpin muda di Malaysia mampu mengubah trend politik Malaysia kearah yang lebih baik.

Debat yang diadakan ini juga mampu membuka mata masyarakat Malaysia tentang fakta-fakta yang perlu di kaji semula kerana kedua-kedua pihak membawa hujah serta bukti dari kajian masing-masing yang ternyata mampu mengelirukan masyarakat kerana bukti-bukti yang mengukuhkan hujah mereka sangat berbeza antara satu sama lain. Masyarakat perlu mengambil serius hal ini tanpa menerima sebulat suara tanpa kompromi sebelum meneliti hal ini supaya masyarakat dapat menilai siapa benar dan siapa salah.

Secara keseluruhanya, pada  pendapat saya, perdebatan ini adalah wajar dan relevan kerana ia dapat menjawab hal-hal isu semasa yang sering bercanggah pada hari ini. Tidak mustahil jika isu debat diantara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang akan berlaku suatu masa nanti. Dalam usaha ramai pihak untuk menyuburkan demokrasi di Negara kita, pemimpin tidak seharusnya gentar untuk berdepan dengan perkara seperti ini. Dengan adanya perdebatan ini, maka dengan berbesar harapan dapatlah membuka mata dan hati masyrakat untuk menilai baik dan buruk. Tepuk dada, tanyalah selera.

Benarkah lagu Bawaku Pergi mempengaruhi remaja lari rumah?

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Muzik adalah satu hiburan turun-temurun sejak dahulu kala. Pelbagai jenis dan rentak muzik dapat kita dengari pada hari ini seperti Jazz, Hip Hop, Balada, Pop Rock dan pelbagai lagi. Akan tetapi telah menjadi satu isu di negara ini apabila lagu gubahan komposer terkenal telahpun dihentikan siaranya.

 Menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan secara tiba-tiba yang mahu lagu Bawaku Pergi oleh Zizan Raja Lawak dan Kaka dihentikan sementara siarannya telah menimbulkan tanda tanya penerbit lagu berkenaan iaitu Malique kerana ianya tanpa usul periksa. Mengapakah hal ini boleh berlaku? Adakah benar lagu tersebut dapat mempengaruhi pemikiran anak muda dinegara kita ni untuk lari daripada rumah?


Penyiaran lagu Bawaku Pergi dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan serta merta apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif. Punca lagu bawaku pergi nyanyian zizan dan kaka telah diharamkan kerana maksud lirik lagu yang tidak menyenangkan sesetengah pihak dimana ada yang mengatakan bahawa ia bertujuan lebih kepada menggalakkan remaja pada hari ini lari dari rumah. Lirik lagu tersebut adalah seperti berikut:

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

            Akan tetapi Malique ada menjelaskan bahawa lirik lagu tersebut adalah untuk isterinya dimana ia adalah berkisar mengenai kisah mereka. Lagu Bawaku Pergi ini adalah susulan daripada lagu Pergi Jauh kerana mereka telah lama mendirikan rumah tangga, akan tetapi mereka masih tidak dapat meluangkan masa bersama kerana sibuk dengan pekerjaan dan jarang dapat pulang bersama isteri.
Pada hakikatnya, jika kita berfikir secara logik akal dimana ia adalah angan-angan sang isteri dimana berangan-rangan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Seperti mana yang kita ketahui, puncak dunia adalah di Himalaya dan juga di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti. Mari kita hayati lirik lagu ini sebentar:, adakah ia memberi kesan kepada kita?

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga

tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua

sambil cari yeti kita boleh cari (what?)

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga

tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua

tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Jika kita berfikir secara waras, tidak mungkin penulis lirik yang terkenal mahu menggalakkan anak remaja agar dari rumah. Mengapakah hal ini boleh disalah tafsirkan sehingga begitu sekali? Malique adalah seorang produser, penyanyi dan penulis lirik yang sangat berbakat. Setiap lirik dan lagu beliau mempunyai makna yang tersirat dan juga padat dengan nasihat yang membimbing.


            Mari kita berfikir sejenak mengenai lagu barat. Lagu dan musik mereka lebih membawa maksud yang negatif pada hakikatnya. Akan tetapi mengapakah kita tidak menyekat lagu tersebut daripada terus diperdendangkan? Adakah ini kerana bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris manakala lagu Bawaku Pergi tersebut menggunakan Bahasa Melayu? Maka timbullah spekulasi yang mengatakan lagu tersebut boleh mempengaruhi akal dan minda remaja pada masa kini. Mengapakah terlalu cetek minda mereka sehingga terpengaruh dengan hanya halwa telinga sahaja?

            Sebagai kesimpulan kita yang mempunyai fikiran waras dapat membezakan dan berfikir adakah hanya lagu dapat mempengaruhi akal dan pemikiran kita? Jika benar, sudah banyak laporan yang kita terima remaja lari rumah kerana mendengar lagu Bawaku Pergi. Kita sehaursnya tidak berfikir di takuk yang lama. Kita perlu memajukan industry seni tanah air dinegara kita supaya setaraf dengan muzik luar negara dan dapat bersaing secara sihat. Berfikirlah secara matang dan terus kehadapan.
            

Isu pengguna. Adakah halal atau haram?


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Pada hari ini kita dapat lihat umat islam kurang prihatin soal halal dan haram dalam aspek pemakananan. Penggunaan label halal yang sering kali mengelirukan umat islam di negara ini acap kali menjadi bahan perbualan. Keadaan ini berlaku kerana umat islam Malaysia tidak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti memproses makanan, bahan makanan sehinggalah kedai makan.Telah menjadi trend masyarakat pada masa kini yang gemar mengunjungi restoran kopitiam yang kadangkala mengelirukan sama ada label halal itu benar-benar tulen mahupun palsu. Dimanakah tahap kesedaran kita mengenai isu ini? Siapakah yang patut dipersalahkan? Dimanakah hak kita sebagai pengguna?

Penggantungan ayat-ayat suci Al-Quran di dinding atau dalam premis perniagaan restoran bagi membuktikan bahawa mereka sudah mematuhi standard halal yang tidak perlu diragukan lagi telah mengaburi mata masyarakat di negara ini. Perkara ini telah berlarutan sejak bertahun lamanya tanpa kita sedari. Ada juga restoran bukan Islam yang meletakkan poster ayat Al-Quran atau menggunakan pekerja Islam untuk menunjukkan bahawa makanan yang disediakan di restoran itu, halal. Namun begitu, sesetengah pengguna Islam yang masih terus mengunjungi restoran bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal atau membeli makanan daripada penjaja kecil bukan Islam terutama di pasar-pasar malam. Hal ini boleh mendatangkan kemusykilan kepada status makanan tersebut.


Pada hari ini, untuk pengetahuan umum, sebahagian besar daripada pengeluar atau pengedar produk termasuk makanan, terdiri daripada orang bukan Islam. Kebanyakkan peniaga atau pengilang menggunakan label halal sendiri atau sijil halal yang tidak diiktiraf dan hanya meletakkan label halal sekadar untuk melariskan produk demi untuk mementingkan dan memikirkan keuntungan sahaja. Golongan itu sama sama sekali tidak mengambil berat tentang kepentingan produk halal bagi orang Islam. Ada di antara mereka juga, tidak begitu menitikberatkan proses pengeluaran yang menepati keperluan hukum Syarak.

Pada hakikatna, kesahihan label halal sebenarnya hanya boleh dipastikan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri yang diberi mandat untuk menyiasat sama ada ia tulen atau palsu. Selain itu, penyebaran maklumat berkaitan persijilan, pelabelan dan piawaian halal wajar diperluaskan melalui media massa secara besar-besaran kerana boleh menjadi panduan kepada semua pihak, terutama kepada pengguna Islam. Dengan demikian, hasrat Kerajaan Malaysia untuk menerajui hab halal utama dunia dan menjadi pelopor dalam industri berkenaan, mampu direalisasikan.

Kemajuan dunia maklumat dan teknologi sebenarnya sangat membantu masyarakat islam pada hari ini untuk mengetahui status sesuatu produk. Kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memeriksa status halal atau haram sesuatu produk itu kini hanya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan kemudahan semakan online dan sms (sistem pesanan ringkas). Semakan itu merangkumi semakan status halal produk, premis dan rumah sembelihan yang mendapat sijil Halal Malaysia. Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak status halal ialah taip halal (nombor kod bar) dan hantar kepada 32728. Selain daripada itu, Jakim umpamanya mempunyai Portal Halal Malaysia www.halal.gov.my yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pensijilan halal Malaysia. Ia menyediakan kemudahan carian halal berdasarkan kod bar, deskripsi produk dan nama syarikat yang telah mendapat sijil halal Malaysia. Memandangkan isu halal ialah isu penting khususnya bagi yang beragama Islam, wajar bagi mereka mendapat maklumat yang betul mengenai kehalalan sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan.


Keadaan ini berpunca daripada penguasaan produk halal tempatan yang dikeluarkan oleh syarikat bukan Islam dalam semua hal berkaitan pemakanan. Harapan orang ramai agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak terus menjadi mangsa pihak yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan sensitiviti halal dalam aspek penyediaan makanan mahupun barangan lain.

Justeru itu masyarakat di negara ini kita tidak perlu khuatir mengenai status sesuatu produk tersebut. Dalam apa jua keadaan, kita sebagai pengguna Islam hendaklah hendaklah tidak bersikap sambil lewa dalam menangani isu halal. Pengguna Islam, perlu selalu berwaspada serta memastikan setiap makanan atau produk yang dibeli atau restoran yang dikunjungi mempunyai logo halal yang kini sudah diseragamkan dan dikeluarkan oleh Jakim.

Radioaktif di Malaysia? Adakah ianya selamat?


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Sejak kebelakangan ini negara kita telah digemparkan dengan kewujudan industri pemprosesan nadir bumi yang boleh membahayakan masyarakat dan negara. Pelbagai tanda tanya telah menyelubungi masyarakat di negara ini mengenai tahap keselamatan mereka, keluarga dan anak-anak. Persoalannya adakah industri pemprosesan nadir bumi ini selamat? Kenapakah Malaysia menjadi lokasi bahan buangan tersebut diproses? Adakah ianya ada kaitan dengan isu politik yang sering dipermainkan pada hari ini?


Pada tahun 1992, penutupan industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah telah dilakukan dan telah mengambil masa selama hampir 20 tahun dan telah menelan belanja RM300 juta. Hal ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kes kematian sebanyak 7 kes dan juga disusuri dengan 8 kes leukemia. Kejadian ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada penduduk setempat yang terdedah kepada radiasi yang mendatangkan kemudaratan. Adakah kita sebagai masyarakat yang perihatin terhadap “hijau” menginginkan kejadian yang sama berulang semula terhadap saudara kita?

Pada pendapat saya, industri pemprosesan nadir yang sedang dibina di negara ini patut dihentikan kerana lokasi yang begitu hampir dengan kawasan kediaman orang ramai. Kerajaan Australia ada menetapkan bahawa had minima kawasan projek dengan kawasan penempatan penduduk adalah sejauh 35km. Akan tetapi, apa yang telah berlaku dinegara kita adalah jarak diantara tapak pemprosesan bahan nadir dengan kawawan penempatan hanyalah 2km sahaja. Mengambil pengajaran apa yang telah berlaku kepada Fukushima, seluas 40km keluasan evakuasi akan terlibat jika berlakunya kebocoran sisa radioaktif iaitu melibatkan keseluruhan penduduk dari Gambang, Kuantan, Cherating malah Kemaman di Terengganu.  Sebagai contoh, kebocoran bahan asid, kimia di Baotou telah mengalami kemusnahan hasil pertanian dan kesihatan seperti kematian disebabkan kanser walaupun lokasi penyimpanan sisa buangan radioaktif itu adalah terletak sejauh 10km.

Selain daripada itu, peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kilang pemprosesan tersebut hanyalah sebanyak 350 orang sahaja. Adakah ini akan membantu masyarakat dikawasan tersebut meningkatkan taraf ekonomi mereka? Bahkan negara kita memberikan pengecualian cukai selama 12 tahun terhadap syarikat yang menghasilkan sisa buangan radioaktif ini. Persoalannya mengapakah hal ini terjadi? Bukankah industri tersebut dapat mendatangkan keuntungan yang tinggi kepada negara ini?


Masalah yang perlu diberikan perhatian adalah pemprosesan rare earth tersebut akan menghasilkan bertan-tan thorium sebagai bahan buangan pada setiap tahun. Bahan merbahaya tersebut terpaksa disimpan di negara ini kerana pihak Australia tidak mahu bahan tersebut dihantar semula. Kebocoran Thorium ini sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti leukemia  dan lain-lain lagi. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama dan menyebabkan Risiko Kanser di tekak, tulang dan pancreas.

Sebagai kesimpulan, kita seharusnya berganding bahu supaya keselamatan, kesihatan, dan keselesaan dapat dkekalkan sehingga ke hujung hayat. Jangan biarkan manusia yang rakus dengan keuntungan membinasakan kita semua. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Hanya dengan adanya industri pemprosesan nadir bumi, nyawa anak cucu menjadi ancaman.






Monday 7 May 2012

marriage...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...







keep all the best moment in your life as a memory.. :)