Pada alaf 21 ini, perubahan dan
kemajuan teknologi telah membawa pelbagai manfaat yang berguna kepada
masyarakat dan Negara. Kemudahan internet dan teknologi ini telah membawa
kemajuan kepada Negara dalam berkongsi maklumat serta kemajuan teknologi dengan
Negara lain. Sebagaimana yang kita ketahui, negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Oleh itu, menjaga
kepentingan semua pihak tidak mengira agama, etnik mahupun bangsa amat penting
demi menjaga isu-isu sensitif dalam menyampaikan sesuatu berita.
Pada masa kini kita dapat lihat bahawa pembaca lebih menggemari pembacaan
melalui internet seperti Utusan Online, blog dan pelbagai sumber maklumat hanya
di hujung jari sahaja. Kewartawanan di atas talian juga pada hakikatnya lebih
sensasi dan terkini. Kita dapat mengikuti perkembangan semasa dengan cepat
hanya dengan menggunakan kemudahan teknologi sahaja. Masyarakat pada masa kini
juga telah banyak mengadaptasikan penggunaan internet di merata tempat tanpa
mengira masa tempat dan juga keadaan. Ini kerana, kebanyakan telefon bimbit
pada masa kini telah dilengkapi dengan kemudahan untuk melayari internet
mengikut kepentingan individu tersebut.
Akan tetapi terdapat beberapa masalah yang sering timbul apabila media di
Malaysia mengklasifikasikan atau mengasingkan jika seseorang itu cuba untuk
menyuarakan sesuatu pendapat ataupun pandangan yang berlainan melalui blog
ataupun pelbagai jenis media yang lain. Dimanakah hak kebebasan untuk
penulisan? Bukankah negara kita ini berdasarkan demokrasi? Kita seharusnya
diberikan hak kebebasan dalam penulisan supaya semua golongan masyarakat tanpa
mengira umur, bangsa dan agama dapat mengetahui tentang realiti dan membolehkan
kita semua menyuarakan pendapat sendiri dan menulis tanpa perasaan takut akan
pihak berkuasa. Ini akan menyebabkan penipuan dan penuh dengan kepura-puraan
didalam sesuatu penulisan. Ini sangat bercanggah kerana pada pendapat saya,
untuk menghasilkan satu penulisan yang terbaik haruslah bersikap jujur. Banyak
kelebihan yang kita akan perolehi jika hak kebebasan bersuara ini dapat
dipraktikkan di negara Malaysia kerana orang ramai dapat mengeluarkan pendapat
yang jujur dan ikhlas lantas memberikan kesan yang baik kepada negara kita
kerana apa yang penting ialah sebagai seorang penulis haruslah dapat memberikan
kesan yang positif kepada pembaca.
Media atas talian ini selalunya menyuarakan secara bebas di dalam penulisan
mereka. Berfikir sejenak mengenai hak kebebasan bersuara di Malaysia, apakah
yang akan terjadi jika kebebasan menulis ? Pada pendapat saya, terdapat banyak
kelebihan yang kita bakal perolehi jika kita mempraktikkan didalam kehidupan
seharian. Jika hanya terdapatnya kelebihan ataupun kebaikan sahaja tanpa
keburukan dan kesan negatif, maka dunia ini akan menjadi tiada cabaran dan
masyarakat akan hanya akan mengikut dan percaya akan sesuatu tanpa berfikir
secara rasional terlebih dahulu. Kelebihan yang kita boleh perolehi ialah
penulis akan menulis sesuatu dengan jujur serta ikhlas.
Tahun demi tahun telah berlalu, saya telah memerhatikan bagaimanakah
penulisan di negara kita ini berlaku, sesetengahnya akan memberikan kesan yang
baik, manakala sesetengahnya pula akan membawa serta memberikan kesan yang
buruk. Inilah yang membuatkan penulisan atas talian tidak boleh dipercayai
seratus peratus. Kadangkala kita dapat melihat percanggahan penulisan di dalam
isi yang diketengahkan daripada
penulisan atas talian dengan penulisan arus perdana adalah berlainan. Akan
tetapi, jika kita berfikir kembali, manusia akan membuat kesilapan dan pada
saya, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Penulisan
telah berkembang sejak berkurun lamanya. Sebagai contoh, kita menulis tentang
sesuatu yang menyokong parti politik dan penulisan tersebut boleh mempengaruhi
orang ramai sepertimana Tunku Abdul Rahman dan masyarakat hanya bergantung
dengan surat khabar untuk mengetahui sesuatu informasi apakah yang berlaku
kepada tanah air pada suatu ketika dahulu. Sama seperti sekarang, masyarakat
masih lagi bergantung pada satu konsep yang sama tetapi berbeza dengan situasi
yang lepas kerana pada masa sekarang ini kita adalah sebuah negara yang merdeka
dan mempunyai teknologi yang canggih sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat
serta informasi yang terkini.
Sebagai kesimpulan, pada pendapat saya media atas talian dan media arus perdana haruslah berpegang teguh terhadap pendirian
mereka kerana penulis mempunyai kuasa untuk menyelamatkan dunia kewartawanan
Malaysia. Dilema untuk
menyiarkan kebenaran adalah faktor yang menjadi igauan setiap penulis. Setiap
isi yang ditulis akan mempunyai kesan yang dapat dilihat dalam masyarakat jika
di salah tafsir. Terpulang kepada penulis tersebut untuk memainkan watak yang
berkesan dalam setiap berita yang ditulis. Diharap penulisan di Malaysia
mempunyai sifat yang lutsinar bagai cermin dalam menerima pandangan umum tanpa
mengambil kira perasaan berat sebelah mereka.